Search :

Thursday, 11 July 2013

Waktu Terbaik Untuk Membuat Ujian Kehamilan

Waktu Terbaik Untuk Membuat Ujian Kehamilan


Bila kita merancang untuk mengandung, memang hati kita sentiasa tak sabar untuk membuat Urine Pregnancy Test (UPT) untuk mengetahui sama  ada kita hamil atau tidak. Sejujurnya, semasa saya mencuba untuk mengandung, saya borong berbelas-belas pregnancy test kit dan buat stok kat rumah. Bila sampai je tarikh sepatutnya saya period, dengan excitednya saya akan buat UPT tetapi selalunya hampa. Sebab saya tak tahu bila waktu yang paling sesuai untuk membuat UPT. Hari saya sepatutnya period ke? dua hari selepas ke? Atau seminggu selepas tarikh saya sepatutnya period?


Yang sebenarnya, waktu terbaik untuk membuat ujian kehamilan  bergantung kepada kaedah  yang kita gunakan iaitu sama ada ujian air kencing atau ujian darah. Semua ujian kehamilan mengukur jumlah hormon kehamilan gonadotropin korionik manusia (hCG) dalam badan anda. Namun dua jenis ujian ini berbeza dari segi cara dan waktu ia mengesan status kehamilan ini.



Kebiasannya kita melakukan  ujian air kencing di rumah atau di klinik. Ujian tersebut mampu  mengesan jumlah hCG dalam air kencingi hanya apabila hormon itu mencapai satu tahap tertentu  kecuali sesetengah ujian kehamilan di rumah yang agak lebih sensitif. Ujian yang lebih sensitif mungkin dapat mengesan tahap hCG yang rendah beberapa hari sebelum haid bermula. Jadi, jika anda melakukan UPT terlalu awal, mungkin anda akan mendapat keputusan negatif walau pun anda sudah mengandung kerana alat tersebut tidak dapat mengesan hormon hCG yang belum cukup tinggi  Hampir semua ujian kehamilan air kencing akan memberi keputusan yang tepat jika anda membuatnya sekitar masa biasa haid anda bermula; kira-kira dua minggu selepas waktu subur anda.

Jika anda mendapat keputusan negatif, berkemungkinan:

 Anda mungkin tidak mengandung
  Waktu subur anda lewat dari yang dijangka, jadi anda melakukan ujian terlalu awal.
 Jumlah hCG anda adalah tersangat rendah dan ini juga boleh mempengaruhi hasil ujian kehamilan.


Oleh itu, jika keputusan UPT anda adalah negatif, jengan bersedih. Tunggu sekurang-kurangnya seminggu sebelum membuat UPT sekali lagi. Mana tahu, anda akan mendapat dua line. Kalau anda mendapat keputusan positif, tahniah diucapkan. Anda boleh mula mengamalkan pemakanan untuk ibu mengandung. Kalau masih negatif, jangan putus asa. Anda boleh mengambil set kesuburan Shaklee seperti yang disarankan di atas  untuk meningkatkan kesuburan anda.




GLA Complex Shaklee: Fungsi Meningkatkan Kesuburan Wanita

GLA Complex shaklee berfungsi untuk meningkatkan kesuburan wanita. Secara umumnya, GLA Complex menstabilkan hormon kewanitaan dalam badan kita supaya menghasilkan telur yang berkualiti setiap bulan. Bila kita bertelur setiap bulan, maknanya kita subur. Telur yang berkualiti juga memberi jaminan bahawa proses persenyawaan akan berlaku dengan baik & menghasilkan janin yang sempurna. Apakah fungsi GLA Complex Shaklee dalam meningkatkan kesuburan wanita?

Mengawal selia estrogen dan testosteron
GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita dalam badan seseorang. Apabila hormon dalam badan berada dalam keadaan yang seimbang, tahap kesuburan juga akan meningkat. Klik sini untuk maklumat lanjut bagaimana hormon yang seimbang meningkatkan tahap kesuburan anda.
Menghilangkan simptom PMS
Rimas dengan simptom PMS seperti senggugut, mood swing, sakit pinggang, kembung, retensi air dan sakit pada  payudara? Anda boleh ambil set senggugut Shaklee yang terdiri daripada GLA, Ostematrix & B Complex. GLA  membantu dalam melegakan kesakitan dan period cramp.
Melambatkan menopous
Benar! GLA Complex membantu melambatkan menopous & mengurangkan simptom menopous.
Membantu proses kehamilan
GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih yang  membantu sperma untuk berenang didalam rahim anda sehingga bertemu sel ovum, dan seterusnya berlakunya persenyawaan. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau anda terlepas hari subur pun masih ada peluang sebab sperma yang hidup masih ada dalam badan anda.


Hebat kan GLA Shaklee? Kalau anda nak kesan yang lebih optimum, saya sarankan supaya anda mengambil set kesuburan Shaklee yang sememangnya telah berjaya membantu ramai pasangan untuk hamil. Hubungi saya untuk mendapatkan vitamin Shaklee pilihan anda.Berminat? Hubungi saya di talian 016-633 1864 atau PM saya DISINI


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...