Search :

Friday, 19 July 2013

TIPS : RAMBUT GUGUR LEPAS BERSALIN



Rambut gugur selepas bersalin adalah antara dilema yang dihadapi oleh para ibu. Kata orang tua, bila bayi dah mula menyembur, rambut pun mula gugur. Ada juga yang mengaitkan keguguran rambut selepas bersalin dengan penyusuan ibu. 


9 perkara yg perlu kita ketahui tentang RAMBUT GUGUR:
====================================

1) Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.

2) Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.

3) Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.

4) Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut, 5- 15 peratus berada dalam peringkat berehat.

5) Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.

6) Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.

7) Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.

 Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin

9) Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.


CEGAH RAMBUT GUGUR
===============

- Ambil makanan yg berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi selain daripada vitamin pra natal anda.

- Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengerinting, mewarna, melurus sehingga rambut kembali normal.

- Penggunaan wig harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.

- Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.


sumber: Mommy Lyna, Majalah Pa&Ma




Anda juga dinasihatkan untuk menggunakan set rawatan rambut gugur daripada Shaklee:


Antara testimoni mereka yang sudah menggunakannya :



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...