Search :

Friday, 19 July 2013

TIPS : ATASI MEROYAN @ KEMURUNGAN






(1) Dapatkan bantuan segera apabila sedar berlaku salah satu simpton di atas. Jangan tunggu sehingga semua simpton tersebut berlaku. Keadaan mungkin akan lebih sukar untuk dipulihkan. Bertemu dengan pakar perubatan, psikoterapis , kaunselor atau orang-orang yang berkebolehan membantu

(2) Sentiasa hargai, sayangi, dan jaga diri sendiri. Bantulah diri sebaik mungkin dengan mendekatkan diri kepada Allah, pasrahkan diri dan redha dengan ketentuanNya. Keredhaan dan keikhlasan itu adalah penawar. Allah akan memberi yang terbaik, selagi kita memohon kepadaNya. Akan ada hikmah disebalik sesuatu yang berlaku. Yakinkan diri kita.

(3) Elakkan bersendirian. Berhubunglah dengan rakan taulan dan saudara-mara yang boleh kita harapkan.Jika harus bersendiri banyakkan ibadat dan mengingati Allah dengan berzikir

(4) Jika terasa ingin menangis, menangislah untuk menghilangkan sebak di dada. Menangis adalah fitrah manusia. Apa yang perlu dielakkan adalah menangis dengan ratapan. Ratapan akan didengar oleh perasaan kita. Ia boleh melemahkan perasaan.

(5) Kuatkan semangat dengan mengingatkan diri terhadap tanggungjawab kita kepada orang lain. Pada keluarga, rakan taulan, rakan sekerja, dan orang –orang lain yang memerlukan kita. Jika kita terperangkap dengan kemurungan, ia akan memberi kesan kepada mereka.

(6) Membaca buku-buku yang boleh membina semangat dan motivasi diri

(7) Jangan menyalahkan diri dan menghukum diri kerana kelemahan yang berlaku.

(8) Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang membuatkan anda rasa selesa dan tenang.

(9) Tingkatkan kesihatan diri dengan mengambil makanan yang sihat dan teratur.


Sumber: HAJAH KAMALIAH ABU
Ketua Pegawai Psikologi
UiTM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...