Search :

Friday, 19 July 2013

INFO : APA ITU BUASIR


Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. 

Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.

Buasir juga berlaku dikalangan ibu hamil dan menyusukan. Pengawalan dan penjagaannya juga adalah perlu bagi mengelak berlakunya perkara yg tidak diingini.

Jenis-jenis Buasir
============

1) Buasir dalaman
Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya 
tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. 

Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti 
ketumbuhan atau kanser kolorektum.

2) Buasir Luaran
Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir 
ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-
gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah 
vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir 
ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.


Simptom-simptom penyakit buasir ialah :
==========================

-Rasa sakit yang berdenyut-denyut. Pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar
-Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan
darah.
-Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur.
-Bengkak ini keluar selepas membuang najis. Kadangkala untuk tempoh sementara, kurang sakit tetapi ada rasa gatal-gatal.
-Bengkak ini keluar selepas membuang najis. Kadangkala untuk tempoh sementara, kurang sakit tetapi ada rasa gatal-gat


Tips untuk pesakit buasir
=================
-Makan makanan yang berserat tinggi termasuk roti dan pasta bijirin penuh, nasi beras perang dan banyak buah-buahan dan 
sayur-sayuran.
-Minum di antara enam dan lapan gelas air sehari supaya anda tidak ternyahhidrat.
-Cuba bersenam dengan kerap walaupun anda hanya mempunyai masa dan tenaga yang cukup sekadar untuk berjalan.
-Pergi ke tandas sebaik sahaja anda terasa hendak membuang air. Jika anda tunggu, najis anda akan jadi keras dan kering.
-Cuba naikkan kaki ke atas bangku semasa anda membuang air besar. Ini boleh membantu meluaskan ruang untuk najis keluar.
-Jika anda masih sembelit selepas mencuba tip-tip di atas, anda boleh minta pakar obstetrik anda untuk mempriskripsikan julap 
yang selamat diambil semasa hamil. 



credit to: Maznifaeza Md Mustaffa


Anda digalakkan untuk mengambil set vitamin yang berikut untuk menangani buasir:


Antara testimoni mereka yang menggunakan vitamin Shaklee ini:




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...