Search :

Friday, 19 July 2013

TIPS: TAMBAH SUSU IBU



1. Kerapkan menyusukan bayi : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.

2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan merangsang lebih banyak penghasilan susu.

3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu

4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.

5. Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.

6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:
• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
• Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.
• Ambil suplemen yang sesuai jika tubuh selalu lesu & tidak dapat memenuhi kuantiti susu yang diperlukan.
• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.

7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.

8. Berfikiran positif, banyakkan berdoa, zikir, memohon kepada-Nya agar dipermudahkan perjalanan penyusuan
"Ya ALLAH, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan”


sumber: whenmayend.blogspot.com





Anda juga dinasihatkan untuk mengambil set menyusu Shaklee:

SET MENYUSU MENGIKUT BAJET ANDA!


Setiap ibu pastinya ingin menyusukan anak mereka sehingga 2 tahun dan ke atas. Kehendak yg tinggi ini pastinya akan tertunai sekiranya hal kewangan tiada dalam rekod mereka.

Bagi mereka yg mempunyai masalah 'budget', kami menyediakan supplemen terbaik yg bersesuaian dengan 'budget anda'..

TIPS : SUSU MERUDUM KETIKA DATANG HAID



Semasa kedatangan haid, badan kita akan kehilangan banyak kalsium. Bagi sesetengah wanita, penurunan kadar kalsium dalam badan akan menyebabkan susu merudum. Hal ini berlaku kerana kalsium merupakan salah satu komponen terbesar dalam penghasilan susu ibu. 

Bagaimana mengatasi masalah ini?

Untuk mengekalkan kalsium ditahap yang tinggi, ibu menyusu disarankan untuk mengambil OSTEMATRIX. Antara kebaikan OSTEMATRIX adalah:-


- atasi masalah sembelit
- memberi tenaga dan dan mudah bangun dari tidur
- mengekalkan tekanan darah normal
- membantu kita segar
- mengelakkan kemurungan
- mengatasi masalah "water retention"
- mengatasi masalah pra-haid
- mengelakkan kekejangan & sakit tulang belakang
- membantu pengeluaran susu (milkbooster) dgn syarat perkara asas penyusuan dipatuhi
- mengatasi masalah pereputan tulang
- memastikan tulang padat untuk mengampu tubuh yg berat(jika ada masalah berat berlebihan)




sumber: superbvitamin



INFO : APA ITU BUASIR


Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. 

Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.

Buasir juga berlaku dikalangan ibu hamil dan menyusukan. Pengawalan dan penjagaannya juga adalah perlu bagi mengelak berlakunya perkara yg tidak diingini.

Jenis-jenis Buasir
============

1) Buasir dalaman
Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya 
tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. 

Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti 
ketumbuhan atau kanser kolorektum.

2) Buasir Luaran
Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir 
ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-
gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah 
vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir 
ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.


Simptom-simptom penyakit buasir ialah :
==========================

-Rasa sakit yang berdenyut-denyut. Pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar
-Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan
darah.
-Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur.
-Bengkak ini keluar selepas membuang najis. Kadangkala untuk tempoh sementara, kurang sakit tetapi ada rasa gatal-gatal.
-Bengkak ini keluar selepas membuang najis. Kadangkala untuk tempoh sementara, kurang sakit tetapi ada rasa gatal-gat


Tips untuk pesakit buasir
=================
-Makan makanan yang berserat tinggi termasuk roti dan pasta bijirin penuh, nasi beras perang dan banyak buah-buahan dan 
sayur-sayuran.
-Minum di antara enam dan lapan gelas air sehari supaya anda tidak ternyahhidrat.
-Cuba bersenam dengan kerap walaupun anda hanya mempunyai masa dan tenaga yang cukup sekadar untuk berjalan.
-Pergi ke tandas sebaik sahaja anda terasa hendak membuang air. Jika anda tunggu, najis anda akan jadi keras dan kering.
-Cuba naikkan kaki ke atas bangku semasa anda membuang air besar. Ini boleh membantu meluaskan ruang untuk najis keluar.
-Jika anda masih sembelit selepas mencuba tip-tip di atas, anda boleh minta pakar obstetrik anda untuk mempriskripsikan julap 
yang selamat diambil semasa hamil. 



credit to: Maznifaeza Md Mustaffa


Anda digalakkan untuk mengambil set vitamin yang berikut untuk menangani buasir:


Antara testimoni mereka yang menggunakan vitamin Shaklee ini:




TIPS: ATASI BUASIR DENGAN SHAKLEE





Antara vitamin yang penting untuk membantu mengawal dan menghilangkan masalah buasir adalah:

OMEGA GUARD : Baik untuk sendi dan otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas 
bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, omega membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.

OSTEMATRIX : bantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.

Ostematrix ialah sumber kalsium-magnesium yang dilengkapi dengan vitamin D yang mana apabila bergabung, dapat membantu
pergerakan otot usus dengan lebih lancar. Kerana itulah mereka yang mengamalkan ostematrix akan mendapati sistem penghadaman mereka sangat lawas.

ZINC COMPLEX : Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang
air besar dengan rasa yang sangat perit. zinc complex membantu menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.

TIPS : 5 TIPS MENGURUSKAN BADAN BUAT IBU MENYUSU

1. Jangan skip waktu makan utama(breakfast, lunch, dinner) 

terutama sarapan pagi.

2. Ambil healthy snack(snek sihat) di antara waktu makan utama 
seperti buah-buahan.

3. Banyakkan pengambilan air masak di antara waktu makan 
terutama bila terasa sedikit lapar. Pengambila segelas air masak 30 minit sebelum makan juga membantu anda untuk tidak makan terlalu banyak.

4. Lakukan senaman ringan setiap hari. seminggu sekali/berkala. 
Paling minima, gunakan tangga sebagai alternatif kepada lif.

5. Kerapkan penyusuan/mengepam susu untuk menggalakkan 
penghasilan susu ibu dengan lebih banyak disamping membakar 200-500 kalori sehari.

Hakikatnya, ibu-ibu menyusu akan membakar lebih kurang 200-500 kalori sehari melalui proses penyusuan. Fakta ini disokong dari laman kellymom.com :
"Breastfeeding your baby, on average, burns 200-500 calories per day (above what you needed to maintain your pre-pregnancy weight) — so keep in mind that even without a weight loss program you are burning extra calories."


Anda juga dinasihatkan untuk mengambil set kurus Shaklee:



Keinginan untuk mendapatkan bentuk badan seperti sebelum hamil sangat diinginkan untuk ibu-ibu yang menyusu. Selain dapat menyusukan anak dengan baik, misi menguruskan badan juga menjadi keinginan yang lumrah bagi mereka.

Shaklee menyediakan keinginan ibu menyusu untuk kurus dengan pengambilan pilihan vitamin berikut:
1) Lecithin + Alfafa/ herblax + ESP.
2) Omega+ Alfafa/herblax ESP.

Proses pelangsingan
-------------------------
Proses pelangsingan ini menggabungkan 3 supplemen asas iaitu Detox, Protein dan Lecithin. 3 gabungan ini jika diambil akan memberi kesan yang menggembirakan In Shaa Allah.

Pertama : Detox
Kenapa perlu detox? Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Utk detox ni, anda boleh mulakan dengan Herb Lax, sejenis mild laxatif daripada Shaklee. Utk ibu2 yang menyusukan anak tidak digalakkan utk mengambil Herb Lax (takut memberi kesan kepada bayi) sebaliknya mengambil Alfafa sebagai pengganti.


Kedua: Protein

Tahukah anda bahawa utk mengawal berat badan, pengambilan protein sebenarnya sangat penting? Protein bukan sahaja utk bina badan, bina muscle tetapi protein ni sebenarnyalah antara zat yang membantu up kan metabolisme tubuh anda, untuk perkembangan otot dan memberi rasa kenyang lebih lama. Protein juga mampu membakar kalori sehingga 35%.
Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau jika anda ibu yang menyusukan bayi, jangan ambil Cinch Shake ni tetapi gantikannya dengan ESP/ MealShake (ESP ni membantu mempercepatkan penghasilan susu badan)


Ketiga : Lecithin
Lecithin ni memang asasnya adalah 'fat emulsifier' atau bahasa mudahnya 'pancair lemak'. Apabila Lecithin bergabung/bertemu dengan lemak akan membuat lemak2 tersebut 'pecah' dan akan 'melekat' pada lemak2 tu dan membawa lemak2 tu keluar dari badan dengan bantuan fiber.


TIPS : RAMBUT GUGUR LEPAS BERSALIN



Rambut gugur selepas bersalin adalah antara dilema yang dihadapi oleh para ibu. Kata orang tua, bila bayi dah mula menyembur, rambut pun mula gugur. Ada juga yang mengaitkan keguguran rambut selepas bersalin dengan penyusuan ibu. 


9 perkara yg perlu kita ketahui tentang RAMBUT GUGUR:
====================================

1) Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.

2) Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.

3) Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.

4) Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut, 5- 15 peratus berada dalam peringkat berehat.

5) Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.

6) Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.

7) Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.

 Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin

9) Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.


CEGAH RAMBUT GUGUR
===============

- Ambil makanan yg berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi selain daripada vitamin pra natal anda.

- Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengerinting, mewarna, melurus sehingga rambut kembali normal.

- Penggunaan wig harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.

- Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.


sumber: Mommy Lyna, Majalah Pa&Ma




Anda juga dinasihatkan untuk menggunakan set rawatan rambut gugur daripada Shaklee:


Antara testimoni mereka yang sudah menggunakannya :



INFO : KENALI ECZEMA





Eczema adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sistem imun badan yang tidak normal (lemah) dan faktor genetik. Masalah ini kebiasaannya dihadapi oleh wanita dan kanak-kanak. Eczema boleh menyebabkan kegatalan pada kulit dan kulit mengelupas. Keadaan ini boleh menjadi bertambah teruk berikutan pengambilan makanan dimana pesakit mempunyai alahan (allergic) terhadap makanan tersebut. Selain itu, menyentuh bahan-bahan alahan dan perubahan suhu secara mendadak juga akan menyembabkan kegatalan pada kulit.

Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja terutamanya kanak kanak, di kalangan bayi yang berumur antara 2 - 6 bulan. Salah satu jenis ezcema ialah "Atopic Dermatitis."

"Atopic" adalah satu masalah genetik yang akan menyebabkan daya tahan mekanisme pesakit menjadi abnormal dan kemudian mencetuskan simptom "oversensitivity." Namu begitu keadaan akan bertambah baik apabila bayi mencapai umur 6 tahun, k


PUNCA ECZEMA
==========

Hingga kini, punca sebenar eczema masih belum dikenalpasti dengan sepenuhnya. Terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang mencetuskan eczema seperti berikut:

Faktor-faktor Dalaman (Fizikal)

- Ahli keluarga yang mempunyai sejarah yang mengalami penyakit eczema, asma atau allergi rhinitis.
- Perubahan emosi yang ketara seperti keresahan dan stres.
- Pemakanan dan minuman seperti alkohol, makanan tenusu, gandum, telur, makanan laut, pengawet dan pewarna makanan.

Faktor-faktor Luaran (Persekitaran)

- Bahan-bahan iritasi: Asap rokok, bahan-bahan kimia, cuaca yang terlalu panas dan lembap atau di sebaliknya.
- Alahan (Allergens): Sabun, syampu, serbuk bahan pencuci, kosmetik, kulat, debunga, haiwan peliharaan dan hama habuk rumah (house dust mites).


SIMPTOM SIMPTOM ECZEMA
===================

Acute Eczema
--------------
-"Erythema", kulit berasa panas, bergejolak dan gatal, keradangan.
-"Papules", pembentukan tompok-tompok merah.

Eczema Kronik
---------------
- Kulit mejadi kering, berair dan bersisik.
- Kulit menebal, menjadi kasar dan berkedut.





Aanda juga dinasihatkan untuk mengambil Set Eczema Shaklee sekiranya anak anda mengalami masalah ini :


Antara testimoni mereka yang telah menggunakannya:




Sekiranya menghidap penyakit ini, apa yang perlu anda amalkan dan elakkan disamping mengambil set Eczema Shaklee ini adalah :

SET ECZEMA KANAK-KANAK





1) Meal Shakes
Shaklee Meal Shakes merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic. Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain. Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat.

2) Herbal blend multi-purpose cream
Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki.Ianya Dingin, bermentol dan tidak berminyak. Diperbuat daripada estrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary. ia tidak berminyak, sgt cepat meresap dlm kulit dan bertindak secara efective tanpa meninggalkan kesan tidak selesa terutama pada bayi dan kanak2..sgt berkesan dlm merawat ruam2 dan eczema.

3) Basic H pencuci serbaguna
Shaklee Basic H ni merupakan pencuci biodegradable dan tidak bertoksik yang pertama dikeluarkan oleh Shaklee pada 1960..bkn sahaja sgt efficient dlm menanggalkan sebarang bentuk kotoran, malah mampu menjadi first aid kepada semua termasuk mengurangkan suhu jika demam, merawat eczema dan gatal2 badan, menghilangkan kutu di rambut, dan seribu satu macam kegunaan lg.

maklumat lanjut dan testimoni:
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.341163569314636.77328.311188008978859&type=3

TIPS: BERTENAGA DI BULAN PUASA




SHAKLEE menyediakan rangkaian istimewa untuk mereka bertenaga ketika berpuasa yg dinamakan 'Mighty 3 Gem'. Rangkaian ini sangat sesuai untuk ibu-ibu mengandung dan menyusukan anak, ayah yg bekerja dan anak-anak.

Kelebihan dan manfaat set ini:

ESP (Energizing Soy Protein)
--------------------------------
- Membantu membanyakkan susu badan (milkbooster) bagi ibu menyusukan bayi.

- Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri.

- Bantu hilangkan parut jerawat di muka.

- Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih.

- Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur.

- Memberi rasa kenyang yang lama sekaligus membantu dalam pengurusan berat badan.

- Menyokong kesihatan imunisasi badan.

- Mengawal paras kolesterol.

- Menyokong kesihatan jantung dan prostat.

- Membantu penyerapan vitamin lain dengan lebih baik.


MEALSHAKE Shaklee
-----------------------
- Sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas

- Boleh menjadi instant sahur meal/ breakfast sekeluarga.

- Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral sertakalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.

- Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak.

- Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan.

- Membantu untuk mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa.

- Membantu untuk meningkatkan selera makan anak.

- Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa.

- Membantu menangani masalah sembelit pada kanak-kanak dan
amat bagus untuk kanak-kanak yang obesiti.


PERFORMANCE DRINK
-------------------------
- Minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.

- Membantu membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.

- Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.

- Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.

- Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. 

INFO : GASTRIK VS PUASA



APA ITU GASTRIK

Gastrik merupakan masalah lazim dan secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

Biasanya, apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis). Secara semula jadi, sel perut menghasilkan asid hidroklorik yang berfungsi mencerna makanan. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik dengan kekuatan lapisan pertahanan. Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.


TANDA - TANDA GASTRIK

Gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :

- Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
- Rasa senak, berangin atau pedih
- Rasa tidak selesa
- Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
- Rasa mual (loya) dan muntah
- Hilang selera makan
- Berat badan turun (peringkat teruk)


Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam dua bentuk iaitu :
- Najis menjadi hitam seperti tar
- Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi


SIAPA YG BERISIKO

Gastrik boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih rama lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :

- Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)

- Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)

- Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa.

- Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.

- Individu yang suka mengambil ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab.


Feel Free to SHARE | LIKE | TAG
sumber: http://dairiibu.blogspot.com/2011/07/cara-atasi-gastrik.html



Anda juga dinasihatkan untuk mengambil set gastrik daripada Shaklee:




Antara testimoni mereka yang telah menggunakannya:


TIPS : KAWAL GAYA HIDUP ATASI GASTRIK



- Makan secara bijak. Jika anda kerap sakit perut selepas makan, buat perubahan pada jadual makan anda. Makan lebih kerap, tetapi dalam kuantiti sedikit. Ia boleh menampan penghasilan asid perut. 

- Elakkan makan makanan yang mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makanan pedas, masam, berempah, berminyak, bergoreng dan berlemak.

- Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli dan kubis. Hindari makanan ini.

- Elakkan tidur sebaik selepas makan. Petua orang tua2 ini sebenarnya amat bagus kerana perbuatan tidur sebaik selepas makan mengundang kepada masalah penghadaman, kegemukan dan masalah2 kesihatan lain. Seeloknya, hanya tidur 4 jam selepas makan.

-Kurangkan minum minuman beralkohol. Ia boleh mengganggu penghasilan mukus beralkali dalam perut dan menyebabkan dinding perut radang atau berdarah.

- Berhenti merokok. Asap rokok juga memberi kesan kepada lapisan pelindung dalam perut. Merokok sebenarnya menggalakkan penghasilan asid perut, melambatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan risiko ulser bertukar menjadi kanser.

- Tukar ubat jika ubat gastrik yang diambil sekarang tidak berkesan.

- Patuhi jadual pengambilan ubat dan pastikan ubat diambil selepas makan.


Anda juga dinasihatkan untuk mengambil set gastrik daripada Shaklee:




Antara testimoni mereka yang telah menggunakannya:


TIPS : RAWATAN GASTRIK CARA ISLAM




CARA BACAAN
-----------------
1- Bacalah ayat-ayat Syifa’ yang enam seperti di atas sambil memegang perut setiap kali selepas solat dengan niat kesembuhan.

2- Baca al Fatihah, Kursiy dan 3 Qul sambil memegang perut dengan niat kesembuhan. Niat semasa “Iyyaka….” dan “Wala Yauduhu hifzuhuma”…


CARA PEMAKANAN
-----------------------
1) Minum air panas yang dicampur dengan pudina.

2) Goreng Habbatus sawda’, campur dengan madu dan makan.

3) Minum satu sudu minyak zaitun dua kali sehari. Boleh dicampur air ruqyah

4) Tumbuk 4 bunga cengkih. Campur dengan susu panas + madu/ gula.

5) Makan buah tin 3 – 7 biji setiap pagi sejam sebelum makan apa2 waktu pagi.

6) 1 sudu Cuka kurma + air ruqyah minum sejam sebelum makan apa waktu pagi dan sebelum tidur.

7) Jus delima + air ruqyah minum sejam sebelum makan apa waktu pagi dan sebelum tidur.

 Rebus pucuk daun jambu batu dan minum 3 kali sehari.

9) Minum susu segar dan yogurt setiap hari. Pagi dan sebelum tidur.



sumber: http://www.rawatanislam2u.com/2012/10/rawatan-islam-untuk-penyakit-gastrik.html




Anda juga dinasihatkan untuk mengambil set gastrik daripada Shaklee:




Antara testimoni mereka yang telah menggunakannya:



TIPS : ATASI MEROYAN @ KEMURUNGAN






(1) Dapatkan bantuan segera apabila sedar berlaku salah satu simpton di atas. Jangan tunggu sehingga semua simpton tersebut berlaku. Keadaan mungkin akan lebih sukar untuk dipulihkan. Bertemu dengan pakar perubatan, psikoterapis , kaunselor atau orang-orang yang berkebolehan membantu

(2) Sentiasa hargai, sayangi, dan jaga diri sendiri. Bantulah diri sebaik mungkin dengan mendekatkan diri kepada Allah, pasrahkan diri dan redha dengan ketentuanNya. Keredhaan dan keikhlasan itu adalah penawar. Allah akan memberi yang terbaik, selagi kita memohon kepadaNya. Akan ada hikmah disebalik sesuatu yang berlaku. Yakinkan diri kita.

(3) Elakkan bersendirian. Berhubunglah dengan rakan taulan dan saudara-mara yang boleh kita harapkan.Jika harus bersendiri banyakkan ibadat dan mengingati Allah dengan berzikir

(4) Jika terasa ingin menangis, menangislah untuk menghilangkan sebak di dada. Menangis adalah fitrah manusia. Apa yang perlu dielakkan adalah menangis dengan ratapan. Ratapan akan didengar oleh perasaan kita. Ia boleh melemahkan perasaan.

(5) Kuatkan semangat dengan mengingatkan diri terhadap tanggungjawab kita kepada orang lain. Pada keluarga, rakan taulan, rakan sekerja, dan orang –orang lain yang memerlukan kita. Jika kita terperangkap dengan kemurungan, ia akan memberi kesan kepada mereka.

(6) Membaca buku-buku yang boleh membina semangat dan motivasi diri

(7) Jangan menyalahkan diri dan menghukum diri kerana kelemahan yang berlaku.

(8) Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang membuatkan anda rasa selesa dan tenang.

(9) Tingkatkan kesihatan diri dengan mengambil makanan yang sihat dan teratur.


Sumber: HAJAH KAMALIAH ABU
Ketua Pegawai Psikologi
UiTM

Thursday, 11 July 2013

TIPS : KEKALKAN ANAK ANDA BERTENAGA SEMASA BERPUASA



Seronok membaca status di Facebook berkenaan ragam kanak-kanak berpuasa ni, yang best sekali adalah puasa "yang yuk, pagi-pagi buka periuk" hehehe, sebenarnya cda juga pernah curi-curi makan sewaktu puasa, bila masa berbuka, pura-pura macam orang yang puasa :) artikel ni bagus dijadikan sebagai rujukan buat mommies yang sedang melatih anak-anaknya berpuasa.

***
Pemakanan kanak-kanak yang baru belajar berpuasa perlu dititikberatkan. Hal ini mustahak agar dia kekal bertenaga sepanjang hari dan mampu melengkapkan ujian berpuasa sebulan dengan sempurna.
Dalam mendidik anak-anak, semuanya harus dilakukan sejak dari usia kecil. Sama juga halnya dengan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini. Untuk peringkat permulaan, anda bolehlah meminta dia berpuasa mengikut kemampuan diri masing-masing. Tidak perlu memaksa dia untuk berpuasa penuh sehari. Apa yang penting, anda sudah mengorak langkah permulaan untuk mendidiknya makan secara sihat ketika melaksanakan rukun Islam ketiga ini.

Biar apa pun pilihannya, ketahuilah bahawa makanan adalah sumber penting dalam membekalkan tenaga kepada si kecil yang baru belajar untuk menunaikan ibadah puasa. Bagi anak anda yang hanya mampu berpuasa setengah hari pun, anda tetap perlu meneliti makanan yang diambilnya agar dia tidak mudah berasa lapar di pertengahan hari.

Agar usaha si anak berjaya melunaskan tuntutan berpuasa ini, anda memainkan peranan penting dalam mengatur rutin pemakanannya. Pemilihan makanan yang seimbang dan sihat ketika bersahur mahupun saat berbuka puasa adalah antara yang perlu anda ambil peduli. Justeru, panduan berikut boleh anda aplikasikan dalam membantu dia menjalani ibadah puasa dengan sebaik mungkin.

Makanan Seimbang
Selain daripada makanan ruji biasa, paling penting lengkapkan pemakanannya dengan pengambilan makanan bersumberkan buah-buahan dan sayur-sayuran sewaktu makan sahur dan buka puasa. Dalam pada itu, adalah lebih baik jika anda dapat menggalakkannya untuk makan buah-buahan segar berbanding buah yang telah diolah menjadi makanan tertentu. Hal ini bagi memastikan dia mendapat khasiat sepenuhnya daripada pengambilan buah berkenaan.

Makanan Berserat
Sekiranya anak anda tidak berselera untuk makan nasi atau makan makanan berat ketika bersahur, gantikannya dengan pengambilan makanan berasaskan bijirin. Sebaik-baiknya bijirin penuh. Serat yang terkandung di dalam bijirin sebegini mampu membekalkan tenaga sepanjang hari.

Tahukah anda bahawa pengambilan serat ketika berpuasa sangat penting kerana ia dapat melambatkan proses tubuh untuk berasa lapar. Malah, ia juga baik dalam melancarkan proses penghadaman. Serat larut yang terdapat dalam buah-buahan dan kekacang menggalakkan penyerapan zat daripada makanan ke dalam tubuh. Manakala, serat tidak larut di dalam bijirin dan sayur-sayuran pula memastikan salur pencernaan bebas daripada sebarang halangan. Serat jenis ini turut menyerap air yang dapat membantu anak anda cepat kenyang.

Protein Dan Kalsium
Kepentingan protein dan kalsium, jangan sesekali diabaikan biarpun ketika berpuasa. Dalam memastikan anak anda berterusan mendapat bekalan protein dan kalsium secukupnya ketika berpuasa, galakkan dia untuk makan hidangan yang mengandungi sama ada daging, ikan, ayam, kekacang, susu ataupun produk tenusu ketika bersahur ataupun berbuka puasa.

Karbohidrat
Anda amat disarankan untuk memastikan anak mengambil makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi mahu pun roti secukupnya agar ia dapat membekalkan tenaga mencukupi semasa berpuasa.

Kurma
Kurma sememangnya terkenal sebagai buah-buahan yang tinggi kandungan gula dan mudah ditukarkan menjadi tenaga segera. Jadi, ia sangat baik untuk diambil setiap hari agar mampu membekalkan tenaga mencukupi sepanjang hari. Malah amalan sunnah Rasulullah SAW turut menganjurkan kita untuk berbuka puasa dengan kurma terlebih dahulu sebelum menjamah makanan yang lainnya.
Selain daripada tenaga segera yang dihasilkan, kurma juga mengandungi pelbagai jenis vitamin seperti vitamin A, vitamin B, riboflavin, tiamin, zat besi dan serat yang ternyata baik dalam mengekalkan keperluan zat pemakanan sepanjang bulan puasa.

Minum air kosong
Kanak-kanak amat mudah mengalami dehidrasi berbanding golongan dewasa. Oleh kerana itulah, selain daripada memberinya makanan berkhasiat, anda perlu menggalakkan dia untuk minum lebih air kosong berbanding minuman-minuman yang lainnya. Pengambilan air kosong dalam jumlah yang mencukupi turut membantu dirinya menyingkirkan toksin yang terhasil di dalam tubuh.

Jangan Makan Terlalu Banyak
Panduan ini sangat penting! Elakkan dirinya untuk makan dalam jumlah yang terlalu banyak hanya kerana mahu memastikan diri kekal kenyang untuk tempoh seharian berpuasa. Perbuatan sebegini tidak membawa apa-apa erti kerana ia sama sekali tidak dapat membantu anak anda kenyang dan terus bertenaga sepanjang hari.


Ketika Bersahur
1. Pastikan makanan yang diambil anak adalah seimbang seperti yang disarankan Piramid Pemakanan.
2. Jangan biarkan anak minum terlalu banyak air. Ini bagi mengelakkan perutnya menjadi tidak selesa dan perlu kerap berulang-alik ke tandas.
3. Pastikan anak bersahur lewat agar dia tidak cepat rasa lapar dan letih.

Waktu Berbuka Puasa
1. Didik anak berbuka puasa dengan kurma, buah-buahan atau air terlebih dahulu mengikut sunnah Rasulullah SAW.
2. Sebaik-baiknya berbuka dengan minuman tanpa ais untuk mengelakkan rasa lesu selepas berbuka.
3. Jangan makan dalam jumlah yang terlalu banyak ketika berbuka.
4. Kurangkan pengambilan makanan berminyak, berempah dan pedas.
sumber :Pa & Ma
****

Jadi apa supplemen yang sesuai diberikan kepada kanak-kanak semasa berpuasa?







Pastinya mealshake (vanila flavored) kerana ia mengandungi protein,fiber (serat) dan zat gizi tambahan yang lengkap…Ianya bukan sahaja sesuai cukup glamour sebagai supplement kanak-kanak, malah meal shakes juga sesuai untuk anda  jika anda :


  • status bujang
  • ibu mengandung
  • pregnant 
  • warga tua
  • student
  • golongan yang selalu sibuk
  • susah untuk menelan capsule/tablet


Maka, sesuai sangat lah ambil mealshake ini sebagai makanan tambahan anda sekeluarga.

Hubungi saya untuk mendapatkan Meal shakes hari ini



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

TIPS : SUSU IBU KERING @ TIADA ???


Susu telah mula terhasil sejak ibu itu mengandung pada minggu ke 22. Proses ini dipanggil Lactogenesis I dan ia didorong oleh tindakan hormon. Lactogenesis I akan berlarutan sehiggalah hari ketiga kelahiran bayi. Apabila uri telah dikeluarkan dari rahim ibu, tahap hormon progesteron dalam badan akan jatuh dan hormon prolaktin akan terus meningkat. Disebabkan oleh keberadaan uri/bayi di dalam rahim, susu yang terhasil itu dikekang daripada keluar lebih awal. Namun, akan ada ibu-ibu yang mengalami susunya keluar lebih awal daripada kelahiran bayi. Ini juga berlaku atas tindakan hormon kerana setiap orang itu berbeza-beza. Pada ketika ini, susu yang keluar berbentuk kolostrum yang pekat, berwarna kuning keemasan. Kuantitinya kecil tetapi cukup dan memadai dengan keperluan bayi yang hanya memerlukan 5-10ml setiap kali penyusuan pada hari pertama sehingga hari ketiga.

Hari keempat, proses Lactogenesis II berlaku di mana susu matang akan keluar. Pada masa ini, ibu-ibu akan merasa payudara membengkak walaupun bayi tidak menghisap pada 3 hari pertama yang lalu. Ini kerana Lactogenesis II juga didorong oleh tindakan hormon. Kemudian diikuti dengan proses Lactogenesis III yang didorong oleh frekuensi/kekerapan payudara dikosongkan. Semakin kerap payudara dikosongkan, kadar penghasilan susu lebih cepat. Jesteru, kuantiti susu juga akan bertambah. Ini membuktikan bahawa setiap ibu yang mengandung akan menghasilkan susu dan susu memang wujud sejak hari pertama kelahiran bayi

Pengambilan suplemen sangat penting bagi membantu ibu-ibu dalam pantang agar mendapat khasiat dan zat yg perlu tp selalunya kita mempunyai kekangan untuk mendapatkan khasiat tersebut..Ini kerana dalam tempoh berpantang banyak makanan yang kita juga perlu berpantang.

Saya mengesyorkan anda mengambil SET BERPANTANG Shaklee yang terdiri daripada:




- Vitalea
- B complex (anti-stress yang bagus)
- Vit c
- Zinc
- Ostematrix
- Energising soy protein (ESP)




suplemen ini sesuai bagi rawatan dalam pantang kerana:-

Vitalea with iron formula

  • Memandangkan ibu2 kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan maka ibu2 perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih , lesu dan tak bermaya. Bagi ibu yang mempunyai niat menyusukan anak perlulah memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah sangat baik.


B complex

  • Ia juga perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon badan manusia. Kekurangan B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang.


Vitamin C 500mg sustained release

  • Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara berterusan. Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.


Zinc

  • Ianya adalah antara galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan. Zinc membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita. Ikan haruan antara makanan yang kaya dengan zinc. Pengambilan zinc bagi ibu yang menyusu turut memberi kesan pada bayi di mana ia membantu anak yang disusukan membesar dengan baik dan mengikut graf pembesaran bayi.



Ostematrix

  • atasi masalah sembelit
  • memberi tenaga dan dan mudah bangun dari tidur
  • mengekalkan tekanan darah normal
  • membantu kita segar
  • mengelakkan kemurungan
  • mengatasi masalah "water retention"
  • mengatasi masalah pra-haid
  • mengelakkan kekejangan & sakit tulang belakang
  • membantu pengeluaran susu (milkbooster) dgn syarat perkara asas penyusuan dipatuhi
  • mengatasi masalah pereputan tulang
  • memastikan tulang padat bg mengampu tubuh yg berat(jika ada masalah berat berlebihan)
  • paling penting, ia mudah ditelan. jika anda mengalami masalah untuk minum susu.. dapatkan ostematrix. kerana ia tidak berbau dan tidak mempunyai rasa.




Energising Soy Protein (ESP)

  • Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar.
  • Membekalkan tenaga
  • Memberikan rasa kenyang
  • Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat
  • Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit
  • Membanyakkan susu badan (milkbooster)
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot
  • Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
  • mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat

INFO : PENGGUNAAN BENGKUNG

Berikut adalah beberapa persoalan yang ingin anda tahu tentang bengkung.


Perlukah saya memakai bengkung?

Mengikut ilmu perbidanan moden, kegunaan bengkung, terutama bagi ibu bersalin normal adalah untuk mengelakkan kemasukkan angin sejuk di liang-liang perut. Selain itu dapat memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor iaitu dengan ikatan barut dan ubat yang sempurna.

Bagaimanakah ciri-ciri bengkung yang baik?

Bengkung yang baik adalah bengkung yang mempunyai diameter yang panjang menutupi daripada paras bawah dada sehingga ke bawah pinggul. Ini dapat memberi sokongan yang kukuh ke atas rahim. Diameter bengkung yang pendek akan menyebabkan ia mudah terangkat ke atas.

Ini akan menjejaskan kedudukan rahim kerana bengkung itu akan menekan rahim ke bawah dan menyebabkan posisi rahim menjadi rendah. Selain itu, bahagian pinggul serta paha akan tertinggal seperti terlebih isi dan akan menjejaskan potongan badan. Di bahagian pinggang mengecil sedangkan di bahagian atas dan bawah kelihatan besar. Ia juga akan membatasi pergerakan anda dan akan lebih berhati-hati apabila bergerak.


Berapa lama perlu memakai bengkung ketika dalam pantang?

Ketika dalam pantang bengkung seelok-eloknya dipakai sepanjang masa dan hanya ditanggalkan ketika mandi. Ianya mula dipakai dari hari ke-4 sehingga habis tempoh pantang atau seberapa lama yang anda kehendaki selepas tempoh pantang. Sebaik-baiknya anda mempunyai 2 helai bengkung agar dapat menukar bengkung untuk membersihkannya. Kebersihan amat penting agar tidak timbul masalah lain seperti kegatalan atau kerengsaan pada kulit.


Bolehkan saya memakai bengkung selepas pembedahan?

Anda perlulah mendapatkan nasihat doktor anda sebelum memakai sebarang bengkung. Terdapat bengkung yang mempunyai ciri-ciri tertentu (seperti bengkung strap-on) yang boleh dipakai selepas pembedahan. Pastikan ciri-ciri ini adalah sesuai untuk anda. Bengkung yang tidak mempunyai ciri-ciri khas hanya boleh dipakai selepas luka sembuh atau atas nasihat doktor anda (selepas 2 minggu atau lebih)


Bagaimana pemakaian bengkung dapat membantu saya? 

Pemakaian bengkung yang kemas dan kejab dapat membantu mengembalikan bentuk badan ke bentuk asal dengan lebih cepat. Ia juga dapat mengekalkan posisi yang baik terutama bagi ibu-ibu yang menyusu anak. Biasanya mereka akan duduk dalam posisi yang tidak betul. Baik untuk menyokong tulang anda kerana selepas bersalin berat tidak lagi ditanggung oleh tulang belakang anda. Selain itu, ia juga menyokong dan menguatkan otot-otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika mengandung.


Adakah bengkung ini hanya untuk wanita bersalin sahaja? 

Tidak. Ia boleh dipakai oleh sesiapa sahaja termasuk lelaki!


Perlukah memakai minyak dengan bengkung?

Minyak berubat boleh digunakan sebagai pelembab kulit. Ianya bagi mengecutkan peranakan, mengempiskan perut dan merampingkan pinggang.

SUMBER

INFO PEMAKANAN DALAM PANTANG

MAKANAN YG BOLEH DAN PERLU DIELAKKAN SEMASA

 DALAM PANTANG


Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.

Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah. Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.




Jenis ikan 
Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.

Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.

Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.





Ulam-ulaman 
Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya:

Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun maaf zahir batin, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.


Jenis sayuran dan buahan 
Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung. Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.



Jenis ayam dan burung
Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam. source




**************************
Namun begitu, hakikatnya, semasa di dalam pantang, ibu-ibu sering mengalami kekurangan zat, mineral dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh. oleh itu, pengambilan suplemen tambahan sangat2 digalakkan agar kekurangan tersebut dapat ditampung oleh suplemen-suplemen yg diambil.
semasa dalam pantang, suplemen yang digalakkan untuk diambil oleh ibu-ibu dalam pantang adalah vitalea, b complex, vit c, zinc, ostematrix dan Energising soy protein (ESP).
saya sertakan juga pengalaman ibu-ibu yang mengambil set berpantang Shaklee sebagai perkongsian maklumat :)








* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

SUMBER 

TIPS : CARA MENYIMPAN SUSU IBU

1

10 Pilihan Cara simpan susu ibu

Hari ini terdapat pelbagai bekas penyimpanan perahan susu ibu di pasaran. Dengan cara ini, tidak ada masalah untuk anda terus memberi si manja menikmati susu ibu meskipun anda sibuk bekerja. Seperti mana yang kita semua sedia maklum, pemakanan yang terbaik untuk si manja ialah menerusi pemberian susu ibu secara langsung. Namun ini tidak bererti anda harus mengabaikan pemilihan bekas penyimpanan perahan susu ibu ini kerana ia turut mempengaruhi kesegaran serta tempoh jangka hayat simpanan susu perahan itu nanti.
      1. Biasanya botol kaca dilihat sebagai pilihan terbaik untuk menyimpan susu beku kerana komponen susu berada dalam keadaan lebih baik jika disimpan di dalam botol kaca.
2. Pilihan kedua terbaik pula adalah botol plastik yang lebih keras dan jernih.
3. Para ibu gemar memiliki botol plastik kerana ia lebih mudah. Tambahan pula kebanyakan pusat penjagaan kanak-kanak tidak menerima penggunaan botol kaca kerana ia berisiko.
4. Pilihlah botol yang memiliki penutup kedap udara yang ketat dan mudah digunakan.
5. Agar mudah untuk membawa botol-botol simpanan susu perahan itu ke mana-mana, simpanlah botol-botol tersebut di dalam sebuah beg khusus.
6. Dalam memastikan kesegaran agar susu tidak rosak, beg tersebut perlu diisi dengan pek ais khusus untuk mengekalkan suhu sejuk susu simpanan tersebut.
7. Dalam kes tertentu beg penyimpanan susu ini juga boleh menimbulkan masalah seperti susu tertumpah. Jadi para ibu perlu memilih beg yang betul-betul efektif.
8. Hari ini, kebanyakan syarikat pengeluar pam susu ibu turut menyediakan beg penyimpanan susu yang sangat mudah untuk digunakan dan plastik simpanan susu yang lebih tebal. Namun, harganya mungkin sedikit mahal.
9. Untuk langkah lebih selamat, sarungkan plastik nipis pada setiap botol simpanan itu sebelum diletakkan di dalam beg bagi menangani masalah kebocoran atau tertumpah.
10. Penggunaan botol simpanan susu ibu yang berwarna adalah tidak digalakkan kerana bimbang sebahagian daripada perwarnanya luntur dan memasuki susu.
Bagaimana mengetahui susu yang mana harus digunakan dahulu?
Anda perlu sentiasa melabelkan susu mengikut tarikh dan masa susu diperah. Kemudian anda perlu menggunakan susu yang mula-mula diperah terlebih dahulu. Jika anda membekalkan susu perahan ibu kepada pusat asuhan anak anda, nama anak anda perlu ditulis dengan jelas agar botol tidak bercampur dengan botol kanak-kanak lain.
Bolehkah susu lebihan disimpan semula?
Susu perahan yang telah disediakan untuk diberikan terus kepada bayi perlu dihabiskan dalam tempoh satu hingga dua jam. Jika bayi anda tidak menghabiskannya dalam tempoh tersebut, susu lebihan itu perlu dibuang.

Dibawah bebarapa sample storage breastmilk yang biasa digunakan oleh para ibu di masa kini:








Cara menyimpan susu ibu


kredit pada tuan punya gambar
        1) Menyimpan Susu Ibu:
  • Botol susu kecil amat sesuai digunakan.
  • Bekas kedap udara daripada gelas atau plastik yang keras dan tahan dalam peti sejukbeku termasuklah bekas dadih.
  • Bag sejuk beku khas untuk susu ibu juga boleh digunakan, terdapat jenama Medela, Avent, Gerber, Playtex.
  • Jangan menggunakan plastik aiskrim kerana ia tidak bersih dan boleh merosakkan susu.
2) Membersihkan Bekas Penyimpanan:

  • Basuh bekas menyimpan susu dalam air panas bersabun dan bilas dengan air panas.
  • Biarkan bekas kering di tempat yang bersih.
  • Anda juga boleh mensteril bekas dengan menggunakan tablet sterile yang dijual di kedai bayi atau farmasi.
3) Panduan Menyimpan Susu Ibu:

  • Sejukkan susu dalam masa 1 jam selepas diperah.
  • {mosimage}Labelkan bekas dengan tarikh dan masa perahan.
  • Simpan susu dalam kuantiti kecil (2-4 oz) dalam setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.
  • Sejukkan susu yang baru diperah dahulu sebelum mencampurkannya dengan susu yang sudah sedia sejuk.
  • Jangan isi susu terlalu penuh di dalam bekasnya, tinggalkan 1 inci untuk susu mengembang semasa proses sejukbeku.



      4) Ketahanan susu ibu bergantung kepada cara bagaimana ia disimpan:


  • Suhu bilik, atas 25°C: 4-6 jam
  • Bekas penyejuk (Cooler, icepack): 12-24 jam
  • Peti sejuk 1 pintu:
           -bahagian fridge 4°C: 7 hari
           -bahagian freezer -15°C: 2 minggu
  • Peti sejuk 2 pintu
           -bahagian fridge, 4°C: 5 hari
           -bahagian freezer, -18°C hingga -20°C: 3-6 bulan
  • Deep freezer -20°C: 6 bulan
Penting!
  • Susu ibu hendaklah disejukkan jika ia tidak digunakan dalam masa 4-6 jam selepas diperah.
  • Tempatkan bekas susu di bahagian paling sejuk peti ais (jauh daripada pintu).
  • Jika telah melampaui masa simpanan, jangan sayang untuk membuangnya.
5) Menyahbeku Susu Ibu:
  • {mosimage}Susu ibu yang asalnya beku dan telah dicairkan, boleh digunakan dalam masa 24 jam jika disimpan di dalam peti ais.
  • Susu ini tidak boleh dibekukan semula selepas dicairkan.
  • Semak tarikh pada bekas penyimpanan. Gunakan susu yang lama dahulu.
  • Nyahbekukan susu beku dengan meletakkannya di bahagian fridge selama 4 jam atau
  • Lalukan bekas susu yang beku tadi di bawah air paip yang sejuk. Setelah ia mula cair, lalukan atau rendam dalam air suam pula untuk terus mencairkannya.
  • Jangan cairkan pada suhu bilik. Suamkan susu tadi dengan merendamkannya di dalam mangkuk yang berisi air panas.
  • Jangan mencairkan atau memanaskan susu di dalam ketuhar gelombang mikro, oven atau di atas api. 
     6) Panduan Memberi Susu Ibu:
  • Goncang perlahan susu yang telah suam dan rasa kepanasannya dengan tangan anda sebelum menggunakannya.
  • Pegang bayi semasa memberinya susu perahan.
  • Jadikan penyusuan menyeronokkan; bercakap dan senyum dengan bayi.
  • Sendawakan bayi selepas memberi susu perahan.
  • Gunakan susu ini dalam masa 1 jam. Buang selebihnya.
 
   Anda boleh amalkan doa di bawah yer semasa sesi mengepam... Sambil berusaha membuat stok susu sambil berdoa untuk yang terbaik bagi anak kita. Sebagai umat islam doa adalah senjata untuk memberi kita lebih kekuatan & semangat terus berjuang. InsyaAllah...



Sumber dan kredit gambar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...