Search :

Friday, 19 July 2013

TIPS: TAMBAH SUSU IBU



1. Kerapkan menyusukan bayi : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.

2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan merangsang lebih banyak penghasilan susu.

3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu

4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.

5. Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.

6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:
• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
• Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.
• Ambil suplemen yang sesuai jika tubuh selalu lesu & tidak dapat memenuhi kuantiti susu yang diperlukan.
• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.

7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.

8. Berfikiran positif, banyakkan berdoa, zikir, memohon kepada-Nya agar dipermudahkan perjalanan penyusuan
"Ya ALLAH, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan”


sumber: whenmayend.blogspot.com





Anda juga dinasihatkan untuk mengambil set menyusu Shaklee:

SET MENYUSU MENGIKUT BAJET ANDA!


Setiap ibu pastinya ingin menyusukan anak mereka sehingga 2 tahun dan ke atas. Kehendak yg tinggi ini pastinya akan tertunai sekiranya hal kewangan tiada dalam rekod mereka.

Bagi mereka yg mempunyai masalah 'budget', kami menyediakan supplemen terbaik yg bersesuaian dengan 'budget anda'..

TIPS : SUSU MERUDUM KETIKA DATANG HAID



Semasa kedatangan haid, badan kita akan kehilangan banyak kalsium. Bagi sesetengah wanita, penurunan kadar kalsium dalam badan akan menyebabkan susu merudum. Hal ini berlaku kerana kalsium merupakan salah satu komponen terbesar dalam penghasilan susu ibu. 

Bagaimana mengatasi masalah ini?

Untuk mengekalkan kalsium ditahap yang tinggi, ibu menyusu disarankan untuk mengambil OSTEMATRIX. Antara kebaikan OSTEMATRIX adalah:-


- atasi masalah sembelit
- memberi tenaga dan dan mudah bangun dari tidur
- mengekalkan tekanan darah normal
- membantu kita segar
- mengelakkan kemurungan
- mengatasi masalah "water retention"
- mengatasi masalah pra-haid
- mengelakkan kekejangan & sakit tulang belakang
- membantu pengeluaran susu (milkbooster) dgn syarat perkara asas penyusuan dipatuhi
- mengatasi masalah pereputan tulang
- memastikan tulang padat untuk mengampu tubuh yg berat(jika ada masalah berat berlebihan)




sumber: superbvitamin



INFO : APA ITU BUASIR


Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. 

Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.

Buasir juga berlaku dikalangan ibu hamil dan menyusukan. Pengawalan dan penjagaannya juga adalah perlu bagi mengelak berlakunya perkara yg tidak diingini.

Jenis-jenis Buasir
============

1) Buasir dalaman
Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya 
tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. 

Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti 
ketumbuhan atau kanser kolorektum.

2) Buasir Luaran
Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir 
ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-
gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah 
vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir 
ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.


Simptom-simptom penyakit buasir ialah :
==========================

-Rasa sakit yang berdenyut-denyut. Pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar
-Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan
darah.
-Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur.
-Bengkak ini keluar selepas membuang najis. Kadangkala untuk tempoh sementara, kurang sakit tetapi ada rasa gatal-gatal.
-Bengkak ini keluar selepas membuang najis. Kadangkala untuk tempoh sementara, kurang sakit tetapi ada rasa gatal-gat


Tips untuk pesakit buasir
=================
-Makan makanan yang berserat tinggi termasuk roti dan pasta bijirin penuh, nasi beras perang dan banyak buah-buahan dan 
sayur-sayuran.
-Minum di antara enam dan lapan gelas air sehari supaya anda tidak ternyahhidrat.
-Cuba bersenam dengan kerap walaupun anda hanya mempunyai masa dan tenaga yang cukup sekadar untuk berjalan.
-Pergi ke tandas sebaik sahaja anda terasa hendak membuang air. Jika anda tunggu, najis anda akan jadi keras dan kering.
-Cuba naikkan kaki ke atas bangku semasa anda membuang air besar. Ini boleh membantu meluaskan ruang untuk najis keluar.
-Jika anda masih sembelit selepas mencuba tip-tip di atas, anda boleh minta pakar obstetrik anda untuk mempriskripsikan julap 
yang selamat diambil semasa hamil. 



credit to: Maznifaeza Md Mustaffa


Anda digalakkan untuk mengambil set vitamin yang berikut untuk menangani buasir:


Antara testimoni mereka yang menggunakan vitamin Shaklee ini:




TIPS: ATASI BUASIR DENGAN SHAKLEE





Antara vitamin yang penting untuk membantu mengawal dan menghilangkan masalah buasir adalah:

OMEGA GUARD : Baik untuk sendi dan otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas 
bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, omega membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.

OSTEMATRIX : bantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.

Ostematrix ialah sumber kalsium-magnesium yang dilengkapi dengan vitamin D yang mana apabila bergabung, dapat membantu
pergerakan otot usus dengan lebih lancar. Kerana itulah mereka yang mengamalkan ostematrix akan mendapati sistem penghadaman mereka sangat lawas.

ZINC COMPLEX : Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang
air besar dengan rasa yang sangat perit. zinc complex membantu menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.

TIPS : 5 TIPS MENGURUSKAN BADAN BUAT IBU MENYUSU

1. Jangan skip waktu makan utama(breakfast, lunch, dinner) 

terutama sarapan pagi.

2. Ambil healthy snack(snek sihat) di antara waktu makan utama 
seperti buah-buahan.

3. Banyakkan pengambilan air masak di antara waktu makan 
terutama bila terasa sedikit lapar. Pengambila segelas air masak 30 minit sebelum makan juga membantu anda untuk tidak makan terlalu banyak.

4. Lakukan senaman ringan setiap hari. seminggu sekali/berkala. 
Paling minima, gunakan tangga sebagai alternatif kepada lif.

5. Kerapkan penyusuan/mengepam susu untuk menggalakkan 
penghasilan susu ibu dengan lebih banyak disamping membakar 200-500 kalori sehari.

Hakikatnya, ibu-ibu menyusu akan membakar lebih kurang 200-500 kalori sehari melalui proses penyusuan. Fakta ini disokong dari laman kellymom.com :
"Breastfeeding your baby, on average, burns 200-500 calories per day (above what you needed to maintain your pre-pregnancy weight) — so keep in mind that even without a weight loss program you are burning extra calories."


Anda juga dinasihatkan untuk mengambil set kurus Shaklee:



Keinginan untuk mendapatkan bentuk badan seperti sebelum hamil sangat diinginkan untuk ibu-ibu yang menyusu. Selain dapat menyusukan anak dengan baik, misi menguruskan badan juga menjadi keinginan yang lumrah bagi mereka.

Shaklee menyediakan keinginan ibu menyusu untuk kurus dengan pengambilan pilihan vitamin berikut:
1) Lecithin + Alfafa/ herblax + ESP.
2) Omega+ Alfafa/herblax ESP.

Proses pelangsingan
-------------------------
Proses pelangsingan ini menggabungkan 3 supplemen asas iaitu Detox, Protein dan Lecithin. 3 gabungan ini jika diambil akan memberi kesan yang menggembirakan In Shaa Allah.

Pertama : Detox
Kenapa perlu detox? Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Utk detox ni, anda boleh mulakan dengan Herb Lax, sejenis mild laxatif daripada Shaklee. Utk ibu2 yang menyusukan anak tidak digalakkan utk mengambil Herb Lax (takut memberi kesan kepada bayi) sebaliknya mengambil Alfafa sebagai pengganti.


Kedua: Protein

Tahukah anda bahawa utk mengawal berat badan, pengambilan protein sebenarnya sangat penting? Protein bukan sahaja utk bina badan, bina muscle tetapi protein ni sebenarnyalah antara zat yang membantu up kan metabolisme tubuh anda, untuk perkembangan otot dan memberi rasa kenyang lebih lama. Protein juga mampu membakar kalori sehingga 35%.
Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau jika anda ibu yang menyusukan bayi, jangan ambil Cinch Shake ni tetapi gantikannya dengan ESP/ MealShake (ESP ni membantu mempercepatkan penghasilan susu badan)


Ketiga : Lecithin
Lecithin ni memang asasnya adalah 'fat emulsifier' atau bahasa mudahnya 'pancair lemak'. Apabila Lecithin bergabung/bertemu dengan lemak akan membuat lemak2 tersebut 'pecah' dan akan 'melekat' pada lemak2 tu dan membawa lemak2 tu keluar dari badan dengan bantuan fiber.


TIPS : RAMBUT GUGUR LEPAS BERSALIN



Rambut gugur selepas bersalin adalah antara dilema yang dihadapi oleh para ibu. Kata orang tua, bila bayi dah mula menyembur, rambut pun mula gugur. Ada juga yang mengaitkan keguguran rambut selepas bersalin dengan penyusuan ibu. 


9 perkara yg perlu kita ketahui tentang RAMBUT GUGUR:
====================================

1) Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.

2) Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.

3) Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.

4) Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut, 5- 15 peratus berada dalam peringkat berehat.

5) Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.

6) Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.

7) Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.

 Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin

9) Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.


CEGAH RAMBUT GUGUR
===============

- Ambil makanan yg berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi selain daripada vitamin pra natal anda.

- Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengerinting, mewarna, melurus sehingga rambut kembali normal.

- Penggunaan wig harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.

- Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.


sumber: Mommy Lyna, Majalah Pa&Ma




Anda juga dinasihatkan untuk menggunakan set rawatan rambut gugur daripada Shaklee:


Antara testimoni mereka yang sudah menggunakannya :



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...