VIVIX merupakan produk terbaru Shaklee yang baru sampai ke Malaysia tahun lepas. Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.
Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.
Siapa yang memerlukan Vivix? Ya, sesiapa sahaja (dewasa) yang mahu mendapat khasiat polifenol semulajadi yang tinggi, demi sebuah kesihatan.
Biasanya kami menyarankan sekiranya mengambil Vivix, tidak perlu mengambil suplemen lain. Ya, ini kerana harganya yang agak mahal. Namun, sebenarnya Vivix boleh diambil dengan suplemen lain, kerana ia memberi kesan sinergi bila diambil bersama-sama. Walau bagaimanapun, Vivix sahaja sudah cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.
Vivix perlu disimpan dalam peti sejuk kerana penghasilannya dari bahan semulajadi memerlukan suhu rendah agar tahan lebih lama.
Vivix bertindak dalam 4 cara:
1. Mempertahankan sel (cell defense)
2. Memberi tenaga kepada sel (cell energy)
3. Memperbaiki sel (cell repair)
4. Meningkatkan prestasi sel (cell performance)
Apa kandungan Vivix ni?
1- Anggur Muskat
Anggur muskat yang juga dikenali sebagai anggur nombor satu di Amerika menimbulkan kekecohan di kalangan masyarakat kerana kebaikannya yang boleh membuatkan kulit bertambah muda serta memberi kesihatan berpanjangan. Anggur muskat dan bijinya adalah satu daripada sumber terbaik antioksidan dan mempunyai ciri antiradang. Ini kerana sebatian phenolik tertumpu pada bahagian biji. Jika dibandingkan anggur lain, ia mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol yang terdapat dalam arak merah yang terbukti berfaedah bagi kesihatan kardiovaskular, menurunkan tahap gula dalam darah selain melambatkan proses penuaan.
2- Elderberi
Selain anggur muskat, tumbuh-tumbuhan lain yang baik untuk kesihatan serta agen penuaan ialah elderberi. Ia adalah tumbuhan lasak tanah lembap di sepanjang tepi jalan dan sungai hanya di Eropah dan Amerika Utara. Elderberi sudah digunakan sekian lama dalam perubatan tradisional bagi mengubati asma, sembelit, artritis dan selesema. Tumbuhan ini adalah antioksidan yang kuat dan melindungi sel daripada kerosakan disebabkan toksin alam sekitar, diet tidak seimbang serta tekanan.
3- Polygonum Cuspidatum
Polygonum cuspidatum sejenis pokok saka terbesar di Asia adalah sumber semula jadi resveratrol sama seperti yang terdapat pada kulit anggur merah dan biji anggur merah. Tumbuhan ini mempunyai banyak faedah kesihatan dan sering terdapat dalam produk antipenuaan. Ini kerana kandungan resveratrol membantu memperlahankan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah dan mengurangkan lebihan lemak yang tidak diperlukan tubuh.
4- Lobak Ungu
Akhir sekali lobak ungu adalah sumber vitamin A terbaik, mengandungi fitokimia yang mengandungi antioksidan, antibakteria, antiradang penyakit serta mengurangkan risiko penyakit jantung.
Ayu Raudhah, pelakon jelita adik kepada Rozita
Che Wan ini, dalam salah satu tipsnya, mengambil minuman VIVIX daripada
Shaklee sebagai suplemen harian beliau.
Antara lain tips-tips yang diamalkan oleh Ayu Raudhah sendiri:
Tips kecantikan wajah
- Membersihkan dan menjaga muka dengan kerap
- menyapu ais pada muka untuk merawat kulit bermasalah
- Menjalani rawatan muka dari produk2 yang dipercayai
Tips kesihatan rambut
- menggunakan daun bunga raya
Tips kesihatan tubuh badan
- menjaga pemakanan
- melakukan senaman (bangkit tubi 50 kali sebelum tidur)
- mengamalkan sirap Shaklee (Vivix)
VIVIX merupakan tonik anti-penuaan pelbagai manfaat yang sesuai untuk mereka yang menghidapi diabetes, arthritis, gout, dan macam-macam lagi. Mengandungi resveratrol yang dipercayai mampu memperbaiki DNA seterusnya mencegah penuaan berlaku dengan pantas.
Walaubagaimanapun, pengambilan VIVIX adalah tidak dibenarkan untuk kanak-kanak, wanita hamil dan yang sedang menyusukan bayi.